iklan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, 28 November 2013

RUQYAH

| Khasiat |Surah Ruqyah | Surah Ruqyah & mp3 |

BACAAN ALRUQYAH PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN

Bacaan AL-RUQYAH (bermaksud Pendinding) adalah himpunan beberapa ayah Al-Quran oleh amalan sahabat-sahabat & alim ulamak terdahulu sebagai doa dan amalan, amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit terutamanya khusus untuk gangguan jin, kerana fadhilat dan khasiatnya amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat & sihir serta memagar diri kita amnya..
Sila perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata. Perhatikan setelah selesai ..

1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar -BACAAN ALRUQYAH - PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....



-BACAAN ALRUQYAH - PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita amnya.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah,itu suatu petanda dimana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita...InsyaAllah..

Dengan mendengar -BACAAN ALRUQYAH - PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

0 comments:

Post a Comment