Firman ALLAH S.W.T Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. [AL-KAHF ayat 28]
SOLAT
"Sembahyang merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang".
( Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Daud Turmizi dan Ibnu Majah )
Dalam hadis yang lain ditambahkan:
"Janji antara kami dan mereka ialah sembahyang, maka siapa yang meninggalkan sembahyang, maka sungguh telah kafirlah ia".
( Hadis riwayat Ahmad dan Ash-Habussunan)."
0 comments:
Post a Comment